Biskut yang mudah dibuat tanpa memerlukan bahan-bahan yang banyak.Mudah dilakukan cair dimulut, sekejap jer boleh habis satu balang...Menjadi kesukaan dari semua peringkat umur..dah lama buat biskut nie..tapi nak menulis di blog nie yang memerlukan kekuatan dan kerajinan yang tinggi....Sapa yang tegok mesti tergoda dengan rupa bentuk semperit susu nie..
Bahan-bahan
400 gram tepung jagung
250 gram butter
1 cawan susu pekat
perwarna
Cara-cara
Campurkan butter bersama-sama dengan susu pekat..gaul sehingga sekata..letakkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehinga menjadi doh..bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kesukaan warna yang dikehendaki...Letak dalam acuan semperit dan tekan menjadi bentuk bunga..hias dengan cokelat chip serta dibakar mengikut kesesuaian oven..180 darjah selama 20minit.....
Showing posts with label BISKUT. Show all posts
Showing posts with label BISKUT. Show all posts
Wednesday, April 12, 2017
Saturday, April 19, 2014
JEJARI COKLAT SNOW
Cuaca sungguh dingin ...aktiviti diluar sukar untuk dilaksanakan..mini kebun akak pun dah lama tidak dibersihkan ...dah nampak rumput-rumput mula tumbuh menyemakkan pemandangan mata.....bila terpandang bahan-bahan coklat ada dirumah tarikannya lebih kuat daripada hendak merumput....Coklat..oh coklat...menjadi kegemaran hampir semua orang ..boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna..teringat masa pergi ke langkawi tempohari..seronoknya dapat makan coklat dengan harga yang murah...macam-macam coklat boleh didapati disana..en hubby boleh habiskan coklat daem satu paket semasa berada disana...hubby saper ler tu yer..hihihii...Untuk hari ini akak telah menggunakan coklat milk compound jenama beryl's...bagi akak jika guna coklat jenis ini tidak perlu letak butter atau susu..sebab rasanya yang dah sedap...Senang disediakan hanya memerlukan kesabaran dalam melakukannya... Akak suka bila bermain dengan coklat nie..sebab dapat menghasilkan satu hasil yang unik jika kita kreatif dalam membuatnya....
Bahan-bahan yg diperlukan
Biskut jejari
Coklat beryl's
Nestum
Cara penyediaannya
- Coklat dicairkan dengan double boiler ... masukkan air yg sudah dipanaskan kedalam bekas....akak guna periuk vision utk bahagian bawah dan mangkuk corelle utk bahagian atas...bahagian bawah mesti kecil daripada bahagian atas.. akak menggunakan vision dibhg bawah kerana tahan kepanasan yang lama...coklat memerlukan kepanasan yang serderhana untuk memastikan ianya sentiasa cair...uolls semua boleh cuba.....gunakan seduk plastik untuk mengacau coklat sehingga semua cair
- Biskut jejari dicelup secara keseluruhan ke dalam coklat ..guna garfu untuk angkat dari coklat dengan menyetuk didalam bekas coklat supaya coklat kita sekata...
- Letak dalam mangkuk berisi nestum dan golek-golekannya.... jadilah jejari coklat snow
- Sangat mudah dalam penyediaannya...
- Boleh guna choc rice hitam atau yang berwarna.....biarkan sejuk seketika diatas rak besi... disimpan kedalam bekas kedap udara....
Subscribe to:
Posts (Atom)