Bahan A Gula Hangus
2 sudu besar
*Masak gula sehingga cair serta berwarna kekuningan dengan api yg perlahan(jika terlebih masak gula akan pahit).Ketepikan dan biarkan sejuk sementara menyediakan bahan-bahan lain.
Bahagian B Bahagian Atas
3 biji kuning telur
2 biji telur(kuning dan putih)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
*Semua bahan-bahan dikacau dengan perlahan-lahan..jgn sampai berbuih nanti tak jadi pudingnya..
Tapis semua bahan dan masukkan kedalam loyang yang ada gula hangus tadi...
Bahagian C Lapisan Kek
140gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
70gm gula kastor
3 biji kuning telor
135ml air biasa
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D Meringue
6 biji putih telor
70gm gula kastor
*Pukul semua bahan D sehingga kembang dan berwarna putih serta ringan..bila kita terbalikkan tak jatuh.Campurkan Bahan C dan Bahan D sehingga semuanya bercampur ,bahagikan ikut warna kesukaan serta masukkan ditengah-tengah loyang secara selang seli..Adunan kek akan terapung...
*Bakar secara double boiling iaitu loyang berisi air panas dibahagian bawah selam 1jam 10minit dengan suhu 175 C bergantung kepada oven masing-masing.Masa yang diambil ialah selama 40minit untuk api bahagian bawah dan 30minit untuk api bahagian atas atau bahagian atas bawah...


*Percubaan pertama menunjukkan hasil yang positif..Syukur Alhamdulilaah..bila kita masak dengan penuh kasih sayang akan dapat menghasil sesuatu yang sangat sempurna...
resepi nie diambil dari sweetkurma.blogspot.com
No comments:
Post a Comment