
Bahan-bahan
2 cawan tepung gadum
2 cawan air
1 biji telur
1 susu kecik garam halus
3 susu besar susu cair


Cara-cara
Kisarkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Perap selama setengah jam
Masukkan adunan ke dalam botol acuan roti jala yg dibahagi kpd dua bahagian warna iaitu kuning dan hijau...
Sediakan kuali leper non-stick dan panaskan kuali dengan api sederhana.....
Tebar / kirai adunan atas kuali
Boleh ler diangkat serta dilipat mengikut citarasa sendiri...
Siaplah roti jala Kasih Sayang...Untuk hari nie kuah kari telah dimasak untuk dimakan bersama-sama roti jala ...kalau ada durian sedap jugak dimakan bersama-sama kuah durian...terpulang kepada selera masing-masing...kuah pedas atau kuah manis.....

No comments:
Post a Comment