Tuesday, September 29, 2015

PUDING MILO LAPIS OREO

 Masak memang setiap hari dgn pelbagai menu, tapi bila nak menulis memerlukan kekuatan dan kerajinan yang tinggi..pelbagai resepi yg cuba dengan pelbagai rupa dan rasa..nyum-nyum...hari nie nak kongsi satu resepi yg dapat daripada kawan-kawan dalam blog. Nak buatnya senang sahaja hanya memerlukan bahan-bahan yang ringkas jer iaitu:
Bahan:
1 Bungkus /10gram agar-agar
140 gram gula
400 gram susu cair atau 1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk milo ( ikut selera masing2)
1bungkus  biskut oreo atau 137 gram (patah2kan 4bahagian)
Cara:
1.Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga semua  larut.
2.Masukkan gula dengan kacau sehingga semua larut.
3.Masukkan susu cair sehingga sebati dan mendidih sedikit.
4.Bahagikan larutan kepada 2 bahagian. Satu bahagian (susu cair) dan satu bahagian (milo).Semua larutan dipanaskan dgn api perlahan supaya tidak mengeras dengan cepat.
5.Tuang separuh larutan milo dlm bekas dan biarkan ianya keras sedikit.Apabila semua dah hampir keras buat garisan sedikit dipermukaan  agar2 milo (supaya apabila larutan kedua diletakkan akan melekat pada bahagian1...Tetapi kalau nak lagi cepat melekat..hendaklah tuang lapisan2 apabila keadaan lapisan 1 masih suam2 lagi..
6.Tuang kesemua larutan susu cair keatas bahagian1 td dengan perlahan-lahan. Letakkan kesemua biskut oreo td keatas lapisan2 (susu cair).
7.Tuang secara perlahan-lahan larutan milo ke atas susu cair

Tuesday, April 7, 2015

PIZZA NOXXA

Masih lagi dalam mood meroti dan menggunakan Bread Marker Noxxa, hari nie Nor nak berkongsi resepi yang mudah dalam membuat doh pizza hanya menggunakan tujuh bahan-bahan sahaja..
Susunan dalam bekas utk membuat doh seperti dibawah....Terima kasih kpd sahabat Nor iaitu Mid yg berkongsi resepi ini..

Bahan-bahan Membuat Doh
1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
8 sudu besar minyak
500 gram tepung gandum
11 g yis kering mauripan

Doh yg telah siap akan diletakkan ke atas dulang pembakar...
Hiasan pizza diletakkan ke atas doh seperti dibawah...

Bahan-bahan Topping Pizza
Sosej atau isi ketam dipotong serong-serong/bulat-bulat
Sos Cili
Sos pasta traditional
Mayonis
Cheese Mozzarela
Capsicum dipotong kecil-kecil
Nenas dipotong kecil-kecil
Cendawan Butang
Bawang dihiris halus-halus
Sayur campur jagung,kacang peas,lobak
Cara-cara
Doh dicucukkan  sedikit supaya bahagian doh dapat masak dengan sekata...Letakkan sos pasta..sos cili dan mayonis diatas topping...sosej atau ketam disusun keatasnya diikuti bahan-bahan lain seperti capsicum, sayur campur, nenas, cendawan dan bawang besar yg dipotong halus-halus topping ke atas doh..
Semua topping telah disusun dgn pelbagai bahan2 yg disukai oleh masing2 boleh ler letakkan lg sos pasta, sos cili dan mayonis ...diikuti oleh cheese Mozzarela dan serbuk italian herb (lupa lak..nanti edit semula..hihihi)
Boleh ler dibakar dengan suhu 180 oC selama 15 minit ...
 
Gambar Pizza yg telah dimakan sedikit oleh family Nor..baru sedar nak snap gambar..resepi pizza nie sudah banyak kali Nor cuba..cuma  nak menulis jer yg tak ada masa...boleh ler cuba yer kawan-kawan yang ada Bread Marker Noxxa..jgn disimpan jer guna dgn sepenuhnya..nanti Nor akan kongsi lagi resepi menggunakan Bread Marker Noxxa atau Pressure Cooker Noxxa....Masak dari hati yang ikhlas akan dapat hasil yang sedap...nyum..nyumm



Monday, April 6, 2015

ROTI SARANG LEBAH NOXXA

Resepi nie telah menjadi terkenal didalam blog masakan..sudah lama family Nor nak merasa hasil masakan Nor dalam membuat roti nie..hari minggu yg lalu, famlily Nor yg duduk di Kuala Lumpur telah datang ke rumah....dengan semangat yg ada terhasillah roti Sarang Lebah Noxaa...dinamakan Noxxa sebab doh dibuat menggunakan bread marker Noxxa...bila dah berkumpul ramai-ramai pelbagai ragam yang muncul..nak letak macam-macam atas roti...Nor tak kisah janji semua happy...

Resepi nie Nor ambik dari blog Azlita masam manis..ada bahan-bahan yg Nor derhaka sebab tak letak..Walaubagaimana pun hasilnya sungguh gebus dan sedap dimakan bersama-sama sos karemal buatan sendiri....Semua family Nor cakap sedap..Nyum-Nyum...Uolls kener cuba nie...baru tahu rasa kesedapan roti buatan sendiri....
 Bahan-bahan
250ml susu segar
40gram butter
40gram gula
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt
1 biji telur
300 gram tepung roti
200 gram tepun gandum
6 gram yis
Dengan menggunakan Bread marker Noxxa ....Nor telah memasukkan  kesemua bahan-bahan mengikut susunan daripada susu segar sampai ler kepada yis..selepas kesemua bahan-bahan telah dimasukkan adunan akan dihentakkan sedikit supaya menjadi sekata dan  padat...doh dimasukkan kedalam Bread marker Noxxa dengan menggunakan no 11  iaitu untuk membuat doh....
Biarkan doh rehat seketika sehingga naik sedikit..untuk pengetahuan semua...roti sesuai dibuat pada waktu panas untuk doh naik...dulang pembakar akan diguris dengan sedikit butter untuk mengelakkan roti melekat...doh dibuat bulat2 kecil dan diletak diatas  dulang pembakar ...biarkan doh yang telah bibentuk berehat seketika sehingga naik sedikit daripada asal...Gebuz bila doh dah naik..masa nie dah tak sabar nak menunggu roti masak...
Bahan Hiasan
Sapuan bancuhan telur dgn susu segar, bijian hitam, kuaci hijau
dan badam cincang
Permukaan roti disapu dengan bancuhan telur dan susu segar serta ditabur dengan hiasan kuaci hijau,badam dan bijian hitam . Sapuan telur diletakkan sekali lagi supaya bahan-bahan hiasan melekat diatas doh.
Roti sarang lebah akak meriah dengan banyak hiasan, ramai pembantu macam nie ler jadinya...nak bagitahu kepada kawan2 semua hiasan buah-buahan kering sebagai hiasan tidak sesuai kerana bila bakar akan berwarna hitam dan pahit..hihihi..melalui pengalaman masa buat nie..
Setelah semua telah dilakukan..roti dibakar dengan menggunakan suhu 175 oC dan 20minit. Nor bakar menggunakan Oven Noxxa. Mengikut kesusaian pembakaran oven masing-masing.

Roti nie dinamakan sarang lebah sebab bentuknyer yg bersarang-sarang didalamnya..andaian Nor jer tau nie...Rasa seronok sgt bila hasilnya menjadi dengan rasa yg sangat sedap mengikut selera Nor dan juga family yg datang berkunjung...Adunan nie dibuat sebanyak dua kali untuk dibawa bekal pulang olehh keluarga Nor yg datang jauh dari  Kuala Lumpur...
Tidak lengkap kalau tanpa sos karamel yg bahan-bahannya dicampur mengikut bahan-bahan dibawah..tidak sesuai untuk mereka yg ada penyakit melibatkan kemanisan..boleh ler dikurangkan sukatan gulanya supaya tidak terlalu manis..roti nie boleh juga dimakan bersama-sama dengan syrup pencake segera...tp Nor buat sendiri kuahnya yg manis nie...Barulah sesuai dgn nama roti nie...ROTI SARANG LEBAH.....

Sos Karamel
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan fresh cream
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar butter
Butter dibiarkan cair..Masukkan gula perang mengikut kesusaian kemanisan yg dikehendaki..Tuang cream bersama-sama susu segar.
Setelah semua siap..bolehlah dihidangkan dan dimakan bersama-sama sos karamel...nyum2..
Penulisan dah kelaut nie..lama sgt tak menulis............

Thursday, February 12, 2015

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI DAN NENAS

Dah lama rasanya tidak berkongsi resepi, mood nak menulis dah ke laut..resepi kali ini memang kehidupan yang berasal daripada laut iaitu ketam. Sebenarnya dah lama sangat tidak masak ketam disebabkan hubby yang elergic.....Syukur Alhamdulilaah, mula-mula cuba sikit lama-lama dah rasa sedap...tapi harganya  boleh tahan..tak boleh makan selalu..ini pun rezeki jiran yang bagi..duit boleh dicari..kesihatan perlu dijaga..calestrol tinggi ini...kletung  kletang.. jadilah ketam lemak cili padi bersama2 nenas....menyelerakan bila dimakan bersama-sama udang masak sambal...

Bahan-bahan
4 ekor ketam Ketam
4 jurai nenas
1 biji kelapa (santan)
7 biji cili padi(ikut kesesuaian kepedasan)
1 biji bwg besar (sederhana besar)
1 asam keping
1kunyit hidup(kecil)
2 batang serai
1 helai daun kunyit garam (secukup rasa)

Cara memasak
1.Santan dikisar bersama-sama dengan cili padi, bwg besar, kunyit hidup sehingga separuh hancur.
2.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar kedalam periuk bersama-sama dengan nenas, daun kunyit dan asam keping. Biarkan sehingga masak..em bau aroma gabungan kesemuanya telah terasa waktu ini..masukkan garam..


3.Masukkan ketam bila kuah dah dimasak dengan sempurna..boleh juga kalau nak campurkan ketam bersama-sama udang...keluarkan asam keping jika kuah dah mesra dengan semua perisa...

Sebenarnya dah lama sangat tidak ke dapur..terasa satu kepuasan bila dapat memasak..masak adalah seni...hubby  makan bertambah-tambah..rasa isi ketam memang menyelerakan..manis sedap sgt...uolls semua boleh ler cuba...cara menulis dah ke laut..hihihi...adoi2..
 

Sedia untuk dimakan dengan nasi panas...nyum2..