Ayam panggang ajaib sempena nama pemanggang ajaib yang menjadi kegemaran suri rumah..penggunaannya mudah dan hanya memerlukan masa yang sekejap untuk memasak.Ada dalam pelbagai bentuk dan keluaran....Syakit Menang mla-mula mengeluarkan barangan ini dgn menamakannya sebagai pemanggang ajaib...Ada yg bertanya apa yg ajaib..masak ikan jadi ayam ker...hihihihi..kalau boleh jadi camtu nak makan pun takut sebab mungkin ada kadam lain ler pulak...Tq Kak Naz sebab sudi berkongsi resepi nie...ramai dah mencuba resepi yang simple tapi menghasilkan boom ...boom bila memakannya...nyumm...nyumm
Bahan-bahan1/2 Ayam
5 Sudu Sos tiram/Sos lada hitam
1 Biji Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih2 Inci Halia
2 Biji Kentang
1 Batang Lobak Merah
3 Biji Buah Pelaga
1 Inci Kulit Kayu Manis
1 Bunga Lawang
3 Biji Bunga Cengkih
Serbuk Kunyit
Garam
*Bahan-bahan bergantung kpd individu ....
PenyediaanyaBawang besar,bawang putih dan halia dihiris..Lobak merah dan kentang dipotong serdahana besar.
Ayam yang telah dibersihkan diperap bersama semua bahan-bahan selama 2jam...
Panaskan pemanggang dan letak sedikit minyak ..dengan menggunakan api yang sederhana masak semua bahan-bahan ...campuran semua bahan-bahan akan menghasilkan aroma yang sungguh harum..ala-ala kenny rogers menyebabkan perut pun tiba-tiba terasa lapar...boleh dimakan dgn nasi putih atau nasi ayam digabungkan bersama-sama dgn sayur campur atau tempe goreng bersayur....
Resepi nie telah dikongsi bersama-sama ahli keluarga lain...Masakan nie menarik perhatian ahli keluarga sempena menyambut hari lahir kak yong mar dan pak teh..ayam panggang nie dimakan bersama-sama dengan nasi goreng kampong hasil tangan pak cik azmi...sungguh menyelerakan sehinggakan berkongsi resepi dengan mak andak untuk dicuba sendiri dirumah...
No comments:
Post a Comment