Ramadan hampir tiba lagi dua minggu...Minggu nie akak bertungkus lumus ganti puasa..nie adalah resepi yang akak masak sempena ganti puasa hari pertama..masih ada banyak hari lagi yang perlu diganti...resepi nie ambil dari blog azlita masam manis..bau haruman masakan nie sampai rumah jiran tercium baunya...digabungkan bersama-sama nasi minyak kuning bersama kari telur...
1 ekor ayam dibelah kecil
Bahan-bahan
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
5 sudu sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam knorr
|
Perapan ayam |
2 sudu besar gula perang
|
Ayam panggang yang telah siap |
2 sudu besar herba campuran
1 ½ sudu the garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perapan ayam
Cara-cara
Lumur keseluruhan ayam dengan bahan perapan..Perap selama 3
jam atau lebih…Sapu mentega keseluruhan ayam sebelum dipanggang.
HP 12 menggunakan periuk noxxa..Stirfry sehingga kering
|
Kari telur |
|
Nasi minyak
NASI MINYAK KUNYIT
Bahan-bahan
1 bunga lawang
3 inci Kulit kayu manis
11/2 inci halia
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
2 batang serai
2 helai daun pandan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu susu pekat atau separuh pot susu cair
1 Kiub norr ayam
* untuk 3pot beras..sukatan air 41/2 air+1/2 susu cair/kalau susu pekat guna dua sudu sahaja
*Bergantung juga kepada jenis periuk nasi
Cara-cara
Semua bahan-bahan dihiris dan daun pandan diikat simpul...Panaskan butter..tumiskan bahan-bahan sehingga sedikit garing..Masukkan air bersama susu cair atau susu pekat.biarkan seketika. Masukkan didalam beras bersama-sama kiub ayam dan garam. Masukkan pewarna kuning.Letak kismis dan gajus. Tabur bawang goreng diatas nasi yang sudah masak..serta boleh dihidangkan bersama-sama ayam panggang ala kenny rogers bersama-sama kari telur...Bersilat akak menyiapkan semua juadah ini untuk hari pertama ganti puasa...
|
No comments:
Post a Comment