Tuesday, April 7, 2015

PIZZA NOXXA

Masih lagi dalam mood meroti dan menggunakan Bread Marker Noxxa, hari nie Nor nak berkongsi resepi yang mudah dalam membuat doh pizza hanya menggunakan tujuh bahan-bahan sahaja..
Susunan dalam bekas utk membuat doh seperti dibawah....Terima kasih kpd sahabat Nor iaitu Mid yg berkongsi resepi ini..

Bahan-bahan Membuat Doh
1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
8 sudu besar minyak
500 gram tepung gandum
11 g yis kering mauripan

Doh yg telah siap akan diletakkan ke atas dulang pembakar...
Hiasan pizza diletakkan ke atas doh seperti dibawah...

Bahan-bahan Topping Pizza
Sosej atau isi ketam dipotong serong-serong/bulat-bulat
Sos Cili
Sos pasta traditional
Mayonis
Cheese Mozzarela
Capsicum dipotong kecil-kecil
Nenas dipotong kecil-kecil
Cendawan Butang
Bawang dihiris halus-halus
Sayur campur jagung,kacang peas,lobak
Cara-cara
Doh dicucukkan  sedikit supaya bahagian doh dapat masak dengan sekata...Letakkan sos pasta..sos cili dan mayonis diatas topping...sosej atau ketam disusun keatasnya diikuti bahan-bahan lain seperti capsicum, sayur campur, nenas, cendawan dan bawang besar yg dipotong halus-halus topping ke atas doh..
Semua topping telah disusun dgn pelbagai bahan2 yg disukai oleh masing2 boleh ler letakkan lg sos pasta, sos cili dan mayonis ...diikuti oleh cheese Mozzarela dan serbuk italian herb (lupa lak..nanti edit semula..hihihi)
Boleh ler dibakar dengan suhu 180 oC selama 15 minit ...
 
Gambar Pizza yg telah dimakan sedikit oleh family Nor..baru sedar nak snap gambar..resepi pizza nie sudah banyak kali Nor cuba..cuma  nak menulis jer yg tak ada masa...boleh ler cuba yer kawan-kawan yang ada Bread Marker Noxxa..jgn disimpan jer guna dgn sepenuhnya..nanti Nor akan kongsi lagi resepi menggunakan Bread Marker Noxxa atau Pressure Cooker Noxxa....Masak dari hati yang ikhlas akan dapat hasil yang sedap...nyum..nyumm



No comments:

Post a Comment