Tuesday, September 29, 2015

PUDING MILO LAPIS OREO

 Masak memang setiap hari dgn pelbagai menu, tapi bila nak menulis memerlukan kekuatan dan kerajinan yang tinggi..pelbagai resepi yg cuba dengan pelbagai rupa dan rasa..nyum-nyum...hari nie nak kongsi satu resepi yg dapat daripada kawan-kawan dalam blog. Nak buatnya senang sahaja hanya memerlukan bahan-bahan yang ringkas jer iaitu:
Bahan:
1 Bungkus /10gram agar-agar
140 gram gula
400 gram susu cair atau 1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk milo ( ikut selera masing2)
1bungkus  biskut oreo atau 137 gram (patah2kan 4bahagian)
Cara:
1.Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga semua  larut.
2.Masukkan gula dengan kacau sehingga semua larut.
3.Masukkan susu cair sehingga sebati dan mendidih sedikit.
4.Bahagikan larutan kepada 2 bahagian. Satu bahagian (susu cair) dan satu bahagian (milo).Semua larutan dipanaskan dgn api perlahan supaya tidak mengeras dengan cepat.
5.Tuang separuh larutan milo dlm bekas dan biarkan ianya keras sedikit.Apabila semua dah hampir keras buat garisan sedikit dipermukaan  agar2 milo (supaya apabila larutan kedua diletakkan akan melekat pada bahagian1...Tetapi kalau nak lagi cepat melekat..hendaklah tuang lapisan2 apabila keadaan lapisan 1 masih suam2 lagi..
6.Tuang kesemua larutan susu cair keatas bahagian1 td dengan perlahan-lahan. Letakkan kesemua biskut oreo td keatas lapisan2 (susu cair).
7.Tuang secara perlahan-lahan larutan milo ke atas susu cair