Resepi nie telah menjadi terkenal didalam blog masakan..sudah lama family Nor nak merasa hasil masakan Nor dalam membuat roti nie..hari minggu yg lalu, famlily Nor yg duduk di Kuala Lumpur telah datang ke rumah....dengan semangat yg ada terhasillah roti Sarang Lebah Noxaa...dinamakan Noxxa sebab doh dibuat menggunakan bread marker Noxxa...bila dah berkumpul ramai-ramai pelbagai ragam yang muncul..nak letak macam-macam atas roti...Nor tak kisah janji semua happy...
Resepi nie Nor ambik dari blog Azlita masam manis..ada bahan-bahan yg Nor derhaka sebab tak letak..Walaubagaimana pun hasilnya sungguh gebus dan sedap dimakan bersama-sama sos karemal buatan sendiri....Semua family Nor cakap sedap..Nyum-Nyum...Uolls kener cuba nie...baru tahu rasa kesedapan roti buatan sendiri....
Resepi nie Nor ambik dari blog Azlita masam manis..ada bahan-bahan yg Nor derhaka sebab tak letak..Walaubagaimana pun hasilnya sungguh gebus dan sedap dimakan bersama-sama sos karemal buatan sendiri....Semua family Nor cakap sedap..Nyum-Nyum...Uolls kener cuba nie...baru tahu rasa kesedapan roti buatan sendiri....
Bahan-bahan
250ml susu segar
40gram butter
40gram gula
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt
1 biji telur
300 gram tepung roti
200 gram tepun gandum
6 gram yis
Dengan menggunakan Bread marker Noxxa ....Nor telah memasukkan kesemua bahan-bahan mengikut susunan daripada susu segar sampai ler kepada yis..selepas kesemua bahan-bahan telah dimasukkan adunan akan dihentakkan sedikit supaya menjadi sekata dan padat...doh dimasukkan kedalam Bread marker Noxxa dengan menggunakan no 11 iaitu untuk membuat doh....
Biarkan doh rehat seketika sehingga naik sedikit..untuk pengetahuan semua...roti sesuai dibuat pada waktu panas untuk doh naik...dulang pembakar akan diguris dengan sedikit butter untuk mengelakkan roti melekat...doh dibuat bulat2 kecil dan diletak diatas dulang pembakar ...biarkan doh yang telah bibentuk berehat seketika sehingga naik sedikit daripada asal...Gebuz bila doh dah naik..masa nie dah tak sabar nak menunggu roti masak...
Bahan Hiasan
Sapuan bancuhan telur dgn susu segar, bijian hitam, kuaci hijau
dan badam cincang
Permukaan roti disapu dengan bancuhan telur dan susu segar serta ditabur dengan hiasan kuaci hijau,badam dan bijian hitam . Sapuan telur diletakkan sekali lagi supaya bahan-bahan hiasan melekat diatas doh.
Roti sarang lebah akak meriah dengan banyak hiasan, ramai pembantu macam nie ler jadinya...nak bagitahu kepada kawan2 semua hiasan buah-buahan kering sebagai hiasan tidak sesuai kerana bila bakar akan berwarna hitam dan pahit..hihihi..melalui pengalaman masa buat nie..
Setelah semua telah dilakukan..roti dibakar dengan menggunakan suhu 175 oC dan 20minit. Nor bakar menggunakan Oven Noxxa. Mengikut kesusaian pembakaran oven masing-masing.
Roti nie dinamakan sarang lebah sebab bentuknyer yg bersarang-sarang didalamnya..andaian Nor jer tau nie...Rasa seronok sgt bila hasilnya menjadi dengan rasa yg sangat sedap mengikut selera Nor dan juga family yg datang berkunjung...Adunan nie dibuat sebanyak dua kali untuk dibawa bekal pulang olehh keluarga Nor yg datang jauh dari Kuala Lumpur...
Tidak lengkap kalau tanpa sos karamel yg bahan-bahannya dicampur mengikut bahan-bahan dibawah..tidak sesuai untuk mereka yg ada penyakit melibatkan kemanisan..boleh ler dikurangkan sukatan gulanya supaya tidak terlalu manis..roti nie boleh juga dimakan bersama-sama dengan syrup pencake segera...tp Nor buat sendiri kuahnya yg manis nie...Barulah sesuai dgn nama roti nie...ROTI SARANG LEBAH.....
Sos Karamel
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan fresh cream
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar butter
Butter dibiarkan cair..Masukkan gula perang mengikut kesusaian kemanisan yg dikehendaki..Tuang cream bersama-sama susu segar.Setelah semua siap..bolehlah dihidangkan dan dimakan bersama-sama sos karamel...nyum2..
Penulisan dah kelaut nie..lama sgt tak menulis............
No comments:
Post a Comment