Saturday, April 19, 2014

JEJARI COKLAT SNOW

Cuaca sungguh dingin ...aktiviti diluar sukar untuk dilaksanakan..mini kebun akak pun dah lama tidak dibersihkan ...dah nampak rumput-rumput mula tumbuh menyemakkan pemandangan mata.....bila terpandang bahan-bahan coklat ada dirumah tarikannya lebih kuat daripada hendak merumput....Coklat..oh coklat...menjadi kegemaran hampir semua orang ..boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna..teringat masa pergi ke langkawi tempohari..seronoknya dapat makan coklat dengan harga yang murah...macam-macam coklat boleh didapati disana..en hubby boleh habiskan coklat daem satu paket semasa berada disana...hubby saper ler tu yer..hihihii...Untuk hari ini akak telah menggunakan coklat milk compound jenama beryl's...bagi akak jika guna  coklat jenis  ini tidak perlu letak butter atau susu..sebab rasanya yang dah sedap...Senang disediakan hanya memerlukan kesabaran dalam melakukannya... Akak suka bila bermain dengan coklat nie..sebab dapat menghasilkan satu hasil yang unik jika kita kreatif dalam membuatnya....

                                                  


Bahan-bahan yg diperlukan
Biskut jejari
Coklat beryl's
Nestum



Cara penyediaannya
  • Coklat dicairkan dengan double boiler ... masukkan air yg sudah dipanaskan kedalam bekas....akak guna periuk vision utk bahagian bawah dan mangkuk corelle utk bahagian atas...bahagian bawah mesti kecil daripada bahagian atas.. akak menggunakan vision dibhg bawah kerana tahan kepanasan yang lama...coklat memerlukan kepanasan yang serderhana  untuk memastikan ianya sentiasa cair...uolls semua boleh cuba.....gunakan seduk plastik untuk mengacau coklat sehingga semua cair
  • Biskut jejari dicelup secara keseluruhan ke dalam coklat ..guna garfu  untuk angkat dari coklat dengan menyetuk didalam bekas coklat supaya coklat kita sekata...
  • Letak dalam mangkuk berisi nestum dan golek-golekannya.... jadilah jejari coklat snow
  • Sangat mudah dalam penyediaannya...
  • Boleh guna choc rice hitam atau yang berwarna.....biarkan sejuk seketika diatas rak besi... disimpan kedalam bekas kedap udara....                                                  

Peralatan dlm menghasilkan biskut nie akak gunakan apa yang ada dirumah jer..kalau uolls semua pergi ke kedai perlatan kek cari ler spatula untuk mengacau coklat dan besi untuk mengangkat biskut dari coklat...baru rasa syok nak buat kerja..ala-ala chef astro AFC atau chef dalam Masterchef pun dah kira bagus....hihihihi...sekali sekala syok sendiri....

No comments:

Post a Comment