Sunday, April 20, 2014

IKAN BERSIRAM SAMBAL DAN SUP PUCUK SOON

Walaupun resepi nie semua orang tahu..Akak masih nak berkongsi resepi dengan uolls semua..boleh ler tukar-tukar selera mengikut cara akak masak...mesti ramai dah terliur melihat gambar ikan yang telah bersiram sambal  nie kan dimakan bersama-sama  sup pucuk soon dengan nasi putih panas...boleh tambah berpinggan-pinggan walaupun resepi yang simple kalau dah kena dengan selera...

Bahan-bahan
2 ekor ikan dilumur dengan kunyit dan digoreng
8 tangkai cili kering dikisar
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang kecil dikisar
Air asam jawa
Garam
Gula
Sos tiram
Belacan (jika mahu....Akak tidak letak)

Cara-cara
Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing serta memberikan aroma yang harum...Masukkan cili yang telah dikisar..tumis hingga garing ...
Masukkan sos tiram bersama-sama gula,garam dan air asam jawa.Seimbangkan rasa mengikut selera masing-masing...kalau akak mesti nak boom-boom dalam mulut..nak pedas sikit jer...hihihihihi... Bila semua dah siap bolehlah dicurahkan keatas ikan..Resepi yang berikutnya adalah sup pucuk soon dimasak bersama kentang..

RESEPI SUP PUCUK SOON

Bahan-bahan
Kentang
Pucuk Soon
Udang
Bawang putih
Bawang Besar
Cili merah
Lada hitam dikisar halus
Daun sup
Garam

Cara-cara
Panaskan sedikit minyak.Udang dimasak separuh masak dan diketepikan.Masukkan bahan-bahan penumis bawang putih,bawang besar dan cili merah masak sehingga garing.Air dimasukkan bersama-sama  kentang dan dimasak sehingga empuk.Lada hitam yang telah dikisar serta garam dimasukkan mengikut keseimbangan rasa yang sesuai..Pucuk soon dimasukkan bersama-sama udang ..Daun sup dimasukkan kedalam sup pada akhir masakan....Bolehlah uolls semua makan bersama-sama dengan ikan bersiram sambal...Nasi panas-panas memang menyelerakan walaupun menu yang ringkas ini...Bila masak udang dan soon teringat waktu kecik-kecik..selalu nenek akak masak sup soon atau sup sawi bersama udang kertas..ikan kembung bakar dicicah dengan cili potong...berebut-rebut bila makan...susah nak dapat udang kertas nie...selalu kalau pergi pasar raya udang-udang besar jer yang ada....nak buat sup pun macam tak kena jer...sebab ianya besar serta kulit yang keras...selalu kalau udang mesti masak sambal atau goreng kunyit...

No comments:

Post a Comment