Monday, May 12, 2014

ROTI JALA KASIH SAYANG

Diawal pagi nie baru berkesempatan untuk post satu lagi masakan yang semua orang boleh lakukan iaitu Roti Jala  Kasih Sayang... sempena jalinan warna yang  digunakan..ada dua warna iaitu kuning dan hijau..warna nie jer yg ada dirumah semasa nak membuatnya..Dengan meletakkan adunan dalam botol sungguh senang untuk menebar roti jala nie...botol nie beli kat mayden (buat promosi hihihi)...


Bahan-bahan
2 cawan tepung gadum
2 cawan air
1 biji telur
1 susu kecik garam halus
3 susu besar susu cair






Cara-cara
Kisarkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Perap selama setengah jam
Masukkan adunan ke dalam botol acuan roti jala yg dibahagi kpd dua bahagian warna iaitu kuning dan hijau...
Sediakan kuali leper non-stick dan panaskan kuali dengan api sederhana.....
Tebar / kirai adunan atas kuali
Boleh ler diangkat serta dilipat mengikut citarasa sendiri...
 
Siaplah roti jala Kasih Sayang...Untuk hari nie kuah kari telah dimasak untuk dimakan bersama-sama roti jala ...kalau ada durian sedap jugak dimakan bersama-sama kuah durian...terpulang kepada selera masing-masing...kuah pedas atau kuah manis.....


No comments:

Post a Comment