Monday, May 19, 2014

KEK PELANGI KARAMEL

Kek Pelangi Karamel seindah pelangi yang berwarna warni dengan rasa yang sungguh sedap..Aroma terasa dikeseluruhan rumah...Selalunya awal pagi menu sarapan disediakan tapi akak telah masak kek yang special nie...Mendapat pujian daripada my hubby ...Saper lagi nak puji kalau bukan dari hubby kita sendiri....Resepi nie dah lama nak cuba tapi selalunya tidak ada kesempatan...minggu nie tidak ada kelas ..so bolehlah masak-masak&makan-makan....

Bahan A Gula Hangus
2 sudu besar

*Masak gula sehingga cair serta berwarna kekuningan dengan api yg perlahan(jika terlebih masak gula akan pahit).Ketepikan dan biarkan sejuk sementara menyediakan bahan-bahan lain.


Bahagian B  Bahagian Atas

3 biji kuning telur
2 biji telur(kuning dan putih)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

*Semua bahan-bahan dikacau dengan perlahan-lahan..jgn sampai berbuih nanti tak jadi pudingnya..
Tapis semua bahan dan masukkan kedalam loyang yang ada gula hangus tadi...

Bahagian C   Lapisan Kek

140gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
70gm gula kastor
3 biji kuning telor
135ml air biasa
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

*Ayak tepung dan baking powder...Campurkan gula kastor dan telor mixer sehingga sebati dengan semua bahan-bahan.

Bahan D  Meringue
6 biji putih telor
70gm gula kastor
*Pukul  semua bahan D sehingga kembang dan berwarna putih serta ringan..bila kita terbalikkan tak jatuh.Campurkan Bahan C dan Bahan D sehingga semuanya bercampur ,bahagikan ikut warna kesukaan serta masukkan ditengah-tengah loyang secara selang seli..Adunan kek akan terapung...

*Bakar secara double boiling iaitu loyang berisi air panas dibahagian bawah selam 1jam 10minit dengan suhu 175 C bergantung kepada oven masing-masing.Masa yang diambil ialah selama 40minit untuk api bahagian bawah dan 30minit untuk api bahagian atas  atau bahagian atas bawah...

*Bila dan masak sejukkan bolehlah diterbalikkan dengan berhati-hati...dan jadilah puding karemal bahagian atas dan kek bahagian bawah....

*Percubaan pertama menunjukkan hasil yang positif..Syukur Alhamdulilaah..bila kita masak dengan penuh kasih sayang akan dapat menghasil sesuatu yang sangat sempurna...


resepi nie diambil dari sweetkurma.blogspot.com




No comments:

Post a Comment