Wednesday, April 12, 2017

SEMPERIT SUSU

Biskut yang mudah dibuat tanpa memerlukan bahan-bahan yang banyak.Mudah dilakukan cair dimulut, sekejap jer boleh habis satu balang...Menjadi kesukaan dari semua peringkat umur..dah lama buat biskut nie..tapi nak menulis di blog nie yang memerlukan kekuatan dan kerajinan yang tinggi....Sapa yang tegok mesti tergoda dengan rupa bentuk semperit susu nie..

Bahan-bahan
400 gram tepung jagung
250 gram butter
1 cawan susu pekat
perwarna
Cara-cara
Campurkan butter bersama-sama dengan susu pekat..gaul sehingga sekata..letakkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehinga menjadi doh..bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut kesukaan warna yang dikehendaki...Letak dalam acuan semperit dan tekan menjadi bentuk bunga..hias dengan cokelat chip serta dibakar mengikut kesesuaian oven..180 darjah selama 20minit.....

NASI LEMAK BERSAMA SAMBAL TEMPE KENTANG

NASI LEMAK
Bahan-bahan    
Nasi
Beras
Santan
Bawang besar
Serai
Daun pandan
Halia
Biji Lada Hitam
Garam

Cara penyediaan
Beras yang telah dibasuh dimasukkan semua bahan-bahan yang telah disediakan  iaitu bawang besar dihiris kasar bersama-sama dengan halia dan serai ditumbuk sedikit...bahan-bahan lain dimasukkan terus kedalam periuk nasi bersama dengan santan dan sedikit garam mengikut kesesuaian .....
Bau aroma nasi lemak akan terasa hampir keseluruhan rumah....bau yg menyelerakan gabungan bahan-bahan herba asli.



SAMBAL IKAN BILIS TEMPE
Bahan-bahan
Ikan Bilis
Tempe
Kentang
Cili kering
Garam
Gula
Air asam jawa
Sos Tiram

Cara penyediaan
1.Tempe dan kentang dipotong secara dadu.
2. Ikan bilis bersama-sama kentang dan tempe digoreng sehingga ranggup.
3. Cili kering yang telah dikisar halus ditumis sehingga masak sepenuhnya..
4. Letak sedikit air asam jawa bersama-sama dengan garam serta gula.
5. Sos tiram diletakkan sedikit untuk menambahkan perisa.
6. Semua bahan-bahan yang telah digoreng dimasukkan ke dalam sambal yang telah dimasak.
Goreng telor dadar dimakan bersama-sama nasi lemak dan sambal tempe dan kentang....

Tuesday, April 11, 2017

MANGGA JERUK ASAM BOI

Bahan-bahan
Mangga
Garam
Gula
Asam boi
Hirisan lemon sedikit
Cili padi  (jika suka pedas) akak tak letak...

Cara-cara
1. Semua bahan-bahan hendaklah dihiris seperti didalam gambar atau mengikut hirisan ketebalan  
     masing-masing.
2. Campurkan kesemua bahan-bahan.
3. Bahan-bahan diperapkan selama dua jam.
4. Bahan-bahan yang telah diperap diletakkan ke dalam peti sejuk sehingga kesemua bercampur      
    sebati.
Masa menulis nie pun dah kecur nak makan jeruk nie....boleh ler buat uolls semua..kalau dah makan tidak boleh berhenti....

Monday, April 3, 2017

LEMPENG KELAPA

Hampir setahun setengah akak tidak menulis menu baru diblog ini...pelbagai cerita duka..suka yang akak alami....nak tulis menu pun dah terkial-kial..dah lama tak berasap blog akak ini....perlu ada mood menulis..baru menjadi nak kongsi menu bersama-sama dengan semua...resepi ringkas jer..ada dikalangan suri rumah yang memasak mengikut sukatan sendiri tanpa mengikut resepi..disini akak sertakan bahan-bahan yang ringkas untuk dicuba oleh semua...
Menu yang akak hendak kongsi bersama semua ialah menu yang boleh dimakan diwaktu pagi..petang..kadang-kadang ini ler menu akak sekeluarga untuk makan malam.....

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kelapa parut
(sedap guna kelapa muda..kalau kelapa tua ambik kelapa parut berwarna putih)
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan air (guna air kelapa lagi sedap)
Garam secukup rasa..

Cara-cara :
1. Blender tepung gandum bersama-sama air, baking powder dan garam.
2. Masukkan kelapa parut serta digaul rata.
3. Panaskan kuali leper..akak guna kuali agaib (sebab tak melekat).

4. Tuangkan adunan sebanyak satu senduk serta dileperkan secara bulatan. Masak menggunakan api       yang sederhana.

5. Lempeng yang telah dimasak..tapi ada kedut-kedut sedikit...kalau garing lagi sedap...bau pun     harum sebab ada campuran kelapa...

6.Lempeng dimakan bersama-sama kuah sardin bersama kentang...boleh habis dua keping. 
Tegok pun mesti dah terliur kan...sedap boleh ler cuba..makan beramai-ramai..


Gambar dari jarak yang dekat..letak banyak kuah...menjadi kegemaran akak letak kuah sardin banyak-banyak...


Makan hanya untuk tiga orang tapi berkeping-keping akak buat....Akak suka yang garing...ader ler yang terlebih garing ...harum..sedap..mudah jer buat..rajin atau tidak jer nak kedapur untuk memasak..boleh cuba uolls..