Wednesday, April 12, 2017

NASI LEMAK BERSAMA SAMBAL TEMPE KENTANG

NASI LEMAK
Bahan-bahan    
Nasi
Beras
Santan
Bawang besar
Serai
Daun pandan
Halia
Biji Lada Hitam
Garam

Cara penyediaan
Beras yang telah dibasuh dimasukkan semua bahan-bahan yang telah disediakan  iaitu bawang besar dihiris kasar bersama-sama dengan halia dan serai ditumbuk sedikit...bahan-bahan lain dimasukkan terus kedalam periuk nasi bersama dengan santan dan sedikit garam mengikut kesesuaian .....
Bau aroma nasi lemak akan terasa hampir keseluruhan rumah....bau yg menyelerakan gabungan bahan-bahan herba asli.



SAMBAL IKAN BILIS TEMPE
Bahan-bahan
Ikan Bilis
Tempe
Kentang
Cili kering
Garam
Gula
Air asam jawa
Sos Tiram

Cara penyediaan
1.Tempe dan kentang dipotong secara dadu.
2. Ikan bilis bersama-sama kentang dan tempe digoreng sehingga ranggup.
3. Cili kering yang telah dikisar halus ditumis sehingga masak sepenuhnya..
4. Letak sedikit air asam jawa bersama-sama dengan garam serta gula.
5. Sos tiram diletakkan sedikit untuk menambahkan perisa.
6. Semua bahan-bahan yang telah digoreng dimasukkan ke dalam sambal yang telah dimasak.
Goreng telor dadar dimakan bersama-sama nasi lemak dan sambal tempe dan kentang....

No comments:

Post a Comment