Dalam tahun 2014 nie..hubby akak selalu outstation..so bila hubby nak pergi tu,hati akak akan jadi suram ler sikit..dengan kekuatan yg ada terhasillah menu untuk cinta hati akak...Walaupun menu nie ramai yg tahu membuatnya akak nak kongsi jugak ngan uolls semua..resepi versi bonda Jaharah...
Pulut Kuning
Pulut Susu (brand Faiza)
Serbuk Kunyit
Daun pandan
Garam
Santan
Cara membuatnya
Pulut direndam bersama-sama sedikit serbuk kunyit selama tiga jam supaya lembut sedikit serta memudahkan proses mentanak pulut dilakukan ...Kukus pulut dgn melapikkan bahagian bawah kukus dengan daun pandan supaya ada aroma bau pandan. dan pulut tidak jatuh ke bawah disebabkan lubang-lubang dalam kukus.Pulut yg telah ditanak akan digaulkan bersama-sama santan .
(santan yg telah diletak dgn sedikit garam).
Rendang Ayam
1 Ekor ayam
4 Biji bawang besar
6 Ulas bawang putih
2 Inci halia
10Tangkai cili kering
6 Tangkai cili padi
3 Sudu kerisik kelapa
4 Helai daun kunyit
1 Biji kelapa
(Sebagai Santan atau guna santan kotak)
* semua bahan-bahan nie anggaran akak jer...selalunya akak bergantung kepada ayam...kalau besar akak akan tambah lagi bahan-bahan...kalau tidak suka pedas sedikitkan cili kering atau cili padi.
Bawang besar,bawang putih,halia dan serai dikisar dan dimayang halus(separuh kisar kasar dan separuh lagi dimayang halus) .Selalunya akak hanya kisar kasar sahaja...cili kering dan cili padi dikisar halus.Bila semua sudah siap..kita boleh ler menari didapur dengan sudip...Panaskan kuali dan masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama ayam dan santan .Masukkan sedikit serbuk kunyit bersama-sama garam dan gula.Selalunya akak akan masukkan garam sedikit dahulu kerana kerisik kelapa sudah masin.Masukkan kerisik mengikut kesusuaian...Biarkan masakan masak dengan sempurna dengan terhasilnya minyak serta kering sedikit.Rasa sedikit kalau ada yang kurang boleh lah ditambahkan garam atau gula diletak kalau terpedas sangat rasanya..kerisik ker.....Setelah berbau aroma dan masakan telah kering sedikit,daun kunyit yang telah dimayang halus-halus dimasukkkan kedalam masakan....Em sedapnya jadilah rendang ayam untuk cinta hati akak..Rasa puashati bila dapat masak sendiri dan dimakan oleh cinta hati...
No comments:
Post a Comment