
Bahan-bahan
Bahan A4 tauhu segiempat
2 tiub tauhu jepun
2 biji telur
Udang /isi ayam /daging kisar (mana-mana yg suka..selera masing-masing)
semua bahan-bahan diatas dikisar menggunakan blender....
Bahan B
2tangkai cili merah
daun sup dan daun bawang
lobak merah
kentang
semua bahan-bahan diatas dihiris halus-halus..
Bahan A dan Bahan B digabungkan kedua-duanya bersama-sama dengan garam,perisa,lada sulah,lada hitam dan dikukus selama 20minit..(letak dlm bekas yg berbentuk empat segi..supaya mudah untuk memotong)
Setelah selesai proses mengukus...disejukkan atau dimasukkan ke dalam peti ais..Apabila nak goreng boleh dipotong mengikut kesukaan masing-masing..Celup dengan telur dan boleh digoremg...Makan bersama-sama sos cili..
Untuk keluarga yg kecil macam akak nie...resepi nie akak buat separuh jer sebab hasilnya banyak...nak bawak ke ofis segan ler pulak..maklum ler baru percubaan pertama membuatnya...Akak panggil dgn gelaran tauhu goreng pelangi kerana hasilnya berwarna-warni dengan pelbagai rencah ..sedap dimakan lapar..hihihihihi ..kalau makan dengan keluarga pasti berebut-rebut ..sampai tidak sedar habis satu pinggan...Akak baru membuatnya hari isnin...hari nie khamis ..rasa macam nak buat lagi sekali sebab dah terliur apabila melihat gambar diatas serta teringat-ingat kesedapan rasanya....u olls semua boleh mencuba....nyumm..nyumm...
No comments:
Post a Comment