Cuaca dingin menjadikan perut selalu hendak diisi dengan makanan.Antara menu yang menjadi kegemaran diwaktu dingin ini adalah pisang kukus boleh dimakan dibila-bila waktu...Selalunya satu loyang boleh berulang-ulang makan untuk keluarga kecil.Bila disejukkan lagi sedap..dingin jer..Bila berkumpul semua ahli keluarga pelbagai menu akan menjadi pilihan,sebabnya masing-masing mempunyai menu sendiri.Disini nak cerita sikit cara-cara nak membuat pisang kukus bermandi santan.
Resepi yang mudah untuk menyediakannya,tidak memerlukan tenaga yang banyak,hanya memerlukan kerajinan dalam melakukannya.Tegok gambo pun dah menarikkan ..blom lg uolls membuatnya lagi..mesti sedap..gambar dibawah adalah pisang yang telah berendamkan santanBahan-bahan yg diperlukan
Seikat pisang emas
4 Sudu gula
1/2 sudu kecil garam
1 Sudu tepung jagung
4 Sudu Tepung gandum
Santan
*kuantiti bahan-bahan bergantung kepada individu (ada suka masin..ada suka manis..hihihii)
Cara Membuatnya
Pisang dibelah dua dan disusun kedalam loyang yang hendak dikukus.Gula ditabur ke atas pisang yang telah siap disusun.
Tepung gandum ,tepung jagung,santan serta sedikit garam dikisar.Bahan yang telah dikisar dituang kedalam loyang sehinggga pisang tenggelam.Kesemua adunan hendaklah seimbang baru rasa kelazatannya.Bolehlah dikukus selama lebih kurang 15minit.Boleh ditambah tepung jika masih dalam keadaan cair semasa proses mengukus.Bila dikukus kesemua adunan akan bercantum dan menyeras sedikit..tetapi masih terasa kelembutan untuk dimakan...
Boleh disejukkan serta dimakan dalam keadaan suam atau disejukkan dimakan dalam keadaan dingin.Kesedapannya tidak terkata menyebabkan tinggal separuh loyang jer lagi baru sempat mengambil gambar untuk jd tontonan uolls semua..
No comments:
Post a Comment