Hampir setahun setengah akak tidak menulis menu baru diblog ini...pelbagai cerita duka..suka yang akak alami....nak tulis menu pun dah terkial-kial..dah lama tak berasap blog akak ini....perlu ada mood menulis..baru menjadi nak kongsi menu bersama-sama dengan semua...resepi ringkas jer..ada dikalangan suri rumah yang memasak mengikut sukatan sendiri tanpa mengikut resepi..disini akak sertakan bahan-bahan yang ringkas untuk dicuba oleh semua...
Menu yang akak hendak kongsi bersama semua ialah menu yang boleh dimakan diwaktu pagi..petang..kadang-kadang ini ler menu akak sekeluarga untuk makan malam.....
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kelapa parut
(sedap guna kelapa muda..kalau kelapa tua ambik kelapa parut berwarna putih)
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan air (guna air kelapa lagi sedap)
Garam secukup rasa..
Cara-cara :
1. Blender tepung gandum bersama-sama air, baking powder dan garam.
2. Masukkan kelapa parut serta digaul rata.
3. Panaskan kuali leper..akak guna kuali agaib (sebab tak melekat).
4. Tuangkan adunan sebanyak satu senduk serta dileperkan secara bulatan. Masak menggunakan api yang sederhana.
5. Lempeng yang telah dimasak..tapi ada kedut-kedut sedikit...kalau garing lagi sedap...bau pun harum sebab ada campuran kelapa...
6.Lempeng dimakan bersama-sama kuah sardin bersama kentang...boleh habis dua keping.
Tegok pun mesti dah terliur kan...sedap boleh ler cuba..makan beramai-ramai..
Gambar dari jarak yang dekat..letak banyak kuah...menjadi kegemaran akak letak kuah sardin banyak-banyak...
Makan hanya untuk tiga orang tapi berkeping-keping akak buat....Akak suka yang garing...ader ler yang terlebih garing ...harum..sedap..mudah jer buat..rajin atau tidak jer nak kedapur untuk memasak..boleh cuba uolls..
No comments:
Post a Comment