Thursday, February 12, 2015

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI DAN NENAS

Dah lama rasanya tidak berkongsi resepi, mood nak menulis dah ke laut..resepi kali ini memang kehidupan yang berasal daripada laut iaitu ketam. Sebenarnya dah lama sangat tidak masak ketam disebabkan hubby yang elergic.....Syukur Alhamdulilaah, mula-mula cuba sikit lama-lama dah rasa sedap...tapi harganya  boleh tahan..tak boleh makan selalu..ini pun rezeki jiran yang bagi..duit boleh dicari..kesihatan perlu dijaga..calestrol tinggi ini...kletung  kletang.. jadilah ketam lemak cili padi bersama2 nenas....menyelerakan bila dimakan bersama-sama udang masak sambal...

Bahan-bahan
4 ekor ketam Ketam
4 jurai nenas
1 biji kelapa (santan)
7 biji cili padi(ikut kesesuaian kepedasan)
1 biji bwg besar (sederhana besar)
1 asam keping
1kunyit hidup(kecil)
2 batang serai
1 helai daun kunyit garam (secukup rasa)

Cara memasak
1.Santan dikisar bersama-sama dengan cili padi, bwg besar, kunyit hidup sehingga separuh hancur.
2.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar kedalam periuk bersama-sama dengan nenas, daun kunyit dan asam keping. Biarkan sehingga masak..em bau aroma gabungan kesemuanya telah terasa waktu ini..masukkan garam..


3.Masukkan ketam bila kuah dah dimasak dengan sempurna..boleh juga kalau nak campurkan ketam bersama-sama udang...keluarkan asam keping jika kuah dah mesra dengan semua perisa...

Sebenarnya dah lama sangat tidak ke dapur..terasa satu kepuasan bila dapat memasak..masak adalah seni...hubby  makan bertambah-tambah..rasa isi ketam memang menyelerakan..manis sedap sgt...uolls semua boleh ler cuba...cara menulis dah ke laut..hihihi...adoi2..
 

Sedia untuk dimakan dengan nasi panas...nyum2..