Hari kedua masih lagi akak rajin untuk memasak..walaupun hanya menu yang simple ..tapi bila dimasak dengan ikhlas akan menjadi kasih sayang berbunga-bunga sama macam tajuk menu..huhuhu. Menu yang akak masak untuk hari kedua ganti puasa adalah Ikan masak rebus atau ada yang panggil masak singgang....boleh ler cuba uolls..mudah dan ringkas...
Bahan-bahan
8 ekor ikan kembung (saiz kecil)
3 ulas bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dihiris
2 inci halia dihiris
2 batang serai diketuk
6 biji cili padi dikisar bersama-sama dengan kunyit
2 keping asam keping
garam
*Letak daun kesum pun boleh....
Cara penyediaan
Semua bahan-bahan yang telah dihiris dimasakkan bersama-sama bahan-bahan yang telah dikisar berserta asam keping sehingga menggelegak. Masukkan ikan berserta dengan garam secukup rasa.
Wednesday, May 17, 2017
AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS PERIUK NOXXA
Ramadan hampir tiba lagi dua minggu...Minggu nie akak bertungkus lumus ganti puasa..nie adalah resepi yang akak masak sempena ganti puasa hari pertama..masih ada banyak hari lagi yang perlu diganti...resepi nie ambil dari blog azlita masam manis..bau haruman masakan nie sampai rumah jiran tercium baunya...digabungkan bersama-sama nasi minyak kuning bersama kari telur...
1 ekor ayam dibelah kecil
Bahan-bahan
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
5 sudu sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam knorr
Ayam panggang yang telah siap |
1 ½ sudu the garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perapan ayam
Cara-cara
Lumur keseluruhan ayam dengan bahan perapan..Perap selama 3
jam atau lebih…Sapu mentega keseluruhan ayam sebelum dipanggang.
HP 12 menggunakan periuk noxxa..Stirfry sehingga kering
Kari telur |
Subscribe to:
Posts (Atom)