Monday, May 19, 2014

KEK PELANGI KARAMEL

Kek Pelangi Karamel seindah pelangi yang berwarna warni dengan rasa yang sungguh sedap..Aroma terasa dikeseluruhan rumah...Selalunya awal pagi menu sarapan disediakan tapi akak telah masak kek yang special nie...Mendapat pujian daripada my hubby ...Saper lagi nak puji kalau bukan dari hubby kita sendiri....Resepi nie dah lama nak cuba tapi selalunya tidak ada kesempatan...minggu nie tidak ada kelas ..so bolehlah masak-masak&makan-makan....

Bahan A Gula Hangus
2 sudu besar

*Masak gula sehingga cair serta berwarna kekuningan dengan api yg perlahan(jika terlebih masak gula akan pahit).Ketepikan dan biarkan sejuk sementara menyediakan bahan-bahan lain.


Bahagian B  Bahagian Atas

3 biji kuning telur
2 biji telur(kuning dan putih)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

*Semua bahan-bahan dikacau dengan perlahan-lahan..jgn sampai berbuih nanti tak jadi pudingnya..
Tapis semua bahan dan masukkan kedalam loyang yang ada gula hangus tadi...

Bahagian C   Lapisan Kek

140gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
70gm gula kastor
3 biji kuning telor
135ml air biasa
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

*Ayak tepung dan baking powder...Campurkan gula kastor dan telor mixer sehingga sebati dengan semua bahan-bahan.

Bahan D  Meringue
6 biji putih telor
70gm gula kastor
*Pukul  semua bahan D sehingga kembang dan berwarna putih serta ringan..bila kita terbalikkan tak jatuh.Campurkan Bahan C dan Bahan D sehingga semuanya bercampur ,bahagikan ikut warna kesukaan serta masukkan ditengah-tengah loyang secara selang seli..Adunan kek akan terapung...

*Bakar secara double boiling iaitu loyang berisi air panas dibahagian bawah selam 1jam 10minit dengan suhu 175 C bergantung kepada oven masing-masing.Masa yang diambil ialah selama 40minit untuk api bahagian bawah dan 30minit untuk api bahagian atas  atau bahagian atas bawah...

*Bila dan masak sejukkan bolehlah diterbalikkan dengan berhati-hati...dan jadilah puding karemal bahagian atas dan kek bahagian bawah....

*Percubaan pertama menunjukkan hasil yang positif..Syukur Alhamdulilaah..bila kita masak dengan penuh kasih sayang akan dapat menghasil sesuatu yang sangat sempurna...


resepi nie diambil dari sweetkurma.blogspot.com




Thursday, May 15, 2014

ASAM PEDAS IKAN PATEN

Asam Pedas hari nie menggunakan Ikan Paten sederhana besar. Asam pedas ini boleh juga mengunakan ikan pari atau ikan kembong.Ada dikalangan rakan-rakan menggunakan ayam dalam masakan asam pedas..Mengikut selera dan citarasa masing-masing..

Bahan-bahan
1 Biji Bawang Besar
7 Tangkai Cili Kering
Sedikit Belacan
*Bahan-bahan yg perlu dikisar

Air Asam Jawa
Helba (berwarna kuning petak-petak kecil)
Bunga Kantan
Daun Kesum

Cara-cara
Tumis semua bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing dan berbau aroma.
Daun Kesum , Bunga Kantan dan sedikit helba dimasukkan semasa proses menumis dilakukan.
Masukkan air bersama-sama ikan dengan sedikit garam.
Asam Jawa dibancuh dengan sedikit air dan dimasukkan kedalam masakan..
Masukkan sayur yang yang sesuai denga asam pedas ini iaitu kacang bendi atau tomato.

Gabungan antara kesemua bahan-bahan akan menghasilkan Asam Pedas yang sedap mengikut citarasa bonda...

Monday, May 12, 2014

ROTI JALA KASIH SAYANG

Diawal pagi nie baru berkesempatan untuk post satu lagi masakan yang semua orang boleh lakukan iaitu Roti Jala  Kasih Sayang... sempena jalinan warna yang  digunakan..ada dua warna iaitu kuning dan hijau..warna nie jer yg ada dirumah semasa nak membuatnya..Dengan meletakkan adunan dalam botol sungguh senang untuk menebar roti jala nie...botol nie beli kat mayden (buat promosi hihihi)...


Bahan-bahan
2 cawan tepung gadum
2 cawan air
1 biji telur
1 susu kecik garam halus
3 susu besar susu cair






Cara-cara
Kisarkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Perap selama setengah jam
Masukkan adunan ke dalam botol acuan roti jala yg dibahagi kpd dua bahagian warna iaitu kuning dan hijau...
Sediakan kuali leper non-stick dan panaskan kuali dengan api sederhana.....
Tebar / kirai adunan atas kuali
Boleh ler diangkat serta dilipat mengikut citarasa sendiri...
 
Siaplah roti jala Kasih Sayang...Untuk hari nie kuah kari telah dimasak untuk dimakan bersama-sama roti jala ...kalau ada durian sedap jugak dimakan bersama-sama kuah durian...terpulang kepada selera masing-masing...kuah pedas atau kuah manis.....