Kek Pelangi Karamel seindah pelangi yang berwarna warni dengan rasa yang sungguh sedap..Aroma terasa dikeseluruhan rumah...Selalunya awal pagi menu sarapan disediakan tapi akak telah masak kek yang special nie...Mendapat pujian daripada my hubby ...Saper lagi nak puji kalau bukan dari hubby kita sendiri....Resepi nie dah lama nak cuba tapi selalunya tidak ada kesempatan...minggu nie tidak ada kelas ..so bolehlah masak-masak&makan-makan....
Bahan A Gula Hangus
2 sudu besar
*Masak gula sehingga cair serta berwarna kekuningan dengan api yg perlahan(jika terlebih masak gula akan pahit).Ketepikan dan biarkan sejuk sementara menyediakan bahan-bahan lain.
Bahagian B Bahagian Atas
3 biji kuning telur
2 biji telur(kuning dan putih)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
*Semua bahan-bahan dikacau dengan perlahan-lahan..jgn sampai berbuih nanti tak jadi pudingnya..
Tapis semua bahan dan masukkan kedalam loyang yang ada gula hangus tadi...
Bahagian C Lapisan Kek
140gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
70gm gula kastor
3 biji kuning telor
135ml air biasa
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis
*Ayak tepung dan baking powder...Campurkan gula kastor dan telor mixer sehingga sebati dengan semua bahan-bahan.
Bahan D Meringue
6 biji putih telor
70gm gula kastor
*Pukul semua bahan D sehingga kembang dan berwarna putih serta ringan..bila kita terbalikkan tak jatuh.Campurkan Bahan C dan Bahan D sehingga semuanya bercampur ,bahagikan ikut warna kesukaan serta masukkan ditengah-tengah loyang secara selang seli..Adunan kek akan terapung...
*Bakar secara double boiling iaitu loyang berisi air panas dibahagian bawah selam 1jam 10minit dengan suhu 175 C bergantung kepada oven masing-masing.Masa yang diambil ialah selama 40minit untuk api bahagian bawah dan 30minit untuk api bahagian atas atau bahagian atas bawah...
*Bila dan masak sejukkan bolehlah diterbalikkan dengan berhati-hati...dan jadilah puding karemal bahagian atas dan kek bahagian bawah....
*Percubaan pertama menunjukkan hasil yang positif..Syukur Alhamdulilaah..bila kita masak dengan penuh kasih sayang akan dapat menghasil sesuatu yang sangat sempurna...
resepi nie diambil dari sweetkurma.blogspot.com
Monday, May 19, 2014
Thursday, May 15, 2014
ASAM PEDAS IKAN PATEN
Bahan-bahan
1 Biji Bawang Besar
7 Tangkai Cili Kering
Sedikit Belacan
*Bahan-bahan yg perlu dikisar
Air Asam Jawa
Helba (berwarna kuning petak-petak kecil)
Bunga Kantan
Daun Kesum
Cara-cara
Tumis semua bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing dan berbau aroma.
Daun Kesum , Bunga Kantan dan sedikit helba dimasukkan semasa proses menumis dilakukan.
Masukkan air bersama-sama ikan dengan sedikit garam.
Asam Jawa dibancuh dengan sedikit air dan dimasukkan kedalam masakan..
Masukkan sayur yang yang sesuai denga asam pedas ini iaitu kacang bendi atau tomato.
Gabungan antara kesemua bahan-bahan akan menghasilkan Asam Pedas yang sedap mengikut citarasa bonda...
Monday, May 12, 2014
ROTI JALA KASIH SAYANG
Diawal pagi nie baru berkesempatan untuk post satu lagi masakan yang semua orang boleh lakukan iaitu Roti Jala Kasih Sayang... sempena jalinan warna yang digunakan..ada dua warna iaitu kuning dan hijau..warna nie jer yg ada dirumah semasa nak membuatnya..Dengan meletakkan adunan dalam botol sungguh senang untuk menebar roti jala nie...botol nie beli kat mayden (buat promosi hihihi)...
Bahan-bahan
2 cawan tepung gadum
2 cawan air
1 biji telur
1 susu kecik garam halus
3 susu besar susu cair
Cara-cara
Kisarkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
Perap selama setengah jam
Masukkan adunan ke dalam botol acuan roti jala yg dibahagi kpd dua bahagian warna iaitu kuning dan hijau...
Sediakan kuali leper non-stick dan panaskan kuali dengan api sederhana.....
Tebar / kirai adunan atas kuali
Boleh ler diangkat serta dilipat mengikut citarasa sendiri...
Siaplah roti jala Kasih Sayang...Untuk hari nie kuah kari telah dimasak untuk dimakan bersama-sama roti jala ...kalau ada durian sedap jugak dimakan bersama-sama kuah durian...terpulang kepada selera masing-masing...kuah pedas atau kuah manis.....

Sunday, April 20, 2014
IKAN BERSIRAM SAMBAL DAN SUP PUCUK SOON
Walaupun resepi nie semua orang tahu..Akak masih nak berkongsi resepi dengan uolls semua..boleh ler tukar-tukar selera mengikut cara akak masak...mesti ramai dah terliur melihat gambar ikan yang telah bersiram sambal nie kan dimakan bersama-sama sup pucuk soon dengan nasi putih panas...boleh tambah berpinggan-pinggan walaupun resepi yang simple kalau dah kena dengan selera...
Bahan-bahan
2 ekor ikan dilumur dengan kunyit dan digoreng
8 tangkai cili kering dikisar
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang kecil dikisar
Air asam jawa
Garam
Gula
Sos tiram
Belacan (jika mahu....Akak tidak letak)
Cara-cara
Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing serta memberikan aroma yang harum...Masukkan cili yang telah dikisar..tumis hingga garing ...
Masukkan sos tiram bersama-sama gula,garam dan air asam jawa.Seimbangkan rasa mengikut selera masing-masing...kalau akak mesti nak boom-boom dalam mulut..nak pedas sikit jer...hihihihihi... Bila semua dah siap bolehlah dicurahkan keatas ikan..Resepi yang berikutnya adalah sup pucuk soon dimasak bersama kentang..
RESEPI SUP PUCUK SOON
Bahan-bahan
Kentang
Pucuk Soon
Udang
Bawang putih
Bawang Besar
Cili merah
Lada hitam dikisar halus
Daun sup
Garam
Cara-cara
Panaskan sedikit minyak.Udang dimasak separuh masak dan diketepikan.Masukkan bahan-bahan penumis bawang putih,bawang besar dan cili merah masak sehingga garing.Air dimasukkan bersama-sama kentang dan dimasak sehingga empuk.Lada hitam yang telah dikisar serta garam dimasukkan mengikut keseimbangan rasa yang sesuai..Pucuk soon dimasukkan bersama-sama udang ..Daun sup dimasukkan kedalam sup pada akhir masakan....Bolehlah uolls semua makan bersama-sama dengan ikan bersiram sambal...Nasi panas-panas memang menyelerakan walaupun menu yang ringkas ini...Bila masak udang dan soon teringat waktu kecik-kecik..selalu nenek akak masak sup soon atau sup sawi bersama udang kertas..ikan kembung bakar dicicah dengan cili potong...berebut-rebut bila makan...susah nak dapat udang kertas nie...selalu kalau pergi pasar raya udang-udang besar jer yang ada....nak buat sup pun macam tak kena jer...sebab ianya besar serta kulit yang keras...selalu kalau udang mesti masak sambal atau goreng kunyit...

Saturday, April 19, 2014
JEJARI COKLAT SNOW
Cuaca sungguh dingin ...aktiviti diluar sukar untuk dilaksanakan..mini kebun akak pun dah lama tidak dibersihkan ...dah nampak rumput-rumput mula tumbuh menyemakkan pemandangan mata.....bila terpandang bahan-bahan coklat ada dirumah tarikannya lebih kuat daripada hendak merumput....Coklat..oh coklat...menjadi kegemaran hampir semua orang ..boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna..teringat masa pergi ke langkawi tempohari..seronoknya dapat makan coklat dengan harga yang murah...macam-macam coklat boleh didapati disana..en hubby boleh habiskan coklat daem satu paket semasa berada disana...hubby saper ler tu yer..hihihii...Untuk hari ini akak telah menggunakan coklat milk compound jenama beryl's...bagi akak jika guna coklat jenis ini tidak perlu letak butter atau susu..sebab rasanya yang dah sedap...Senang disediakan hanya memerlukan kesabaran dalam melakukannya... Akak suka bila bermain dengan coklat nie..sebab dapat menghasilkan satu hasil yang unik jika kita kreatif dalam membuatnya....
Bahan-bahan yg diperlukan
Biskut jejari
Coklat beryl's
Nestum
Cara penyediaannya
- Coklat dicairkan dengan double boiler ... masukkan air yg sudah dipanaskan kedalam bekas....akak guna periuk vision utk bahagian bawah dan mangkuk corelle utk bahagian atas...bahagian bawah mesti kecil daripada bahagian atas.. akak menggunakan vision dibhg bawah kerana tahan kepanasan yang lama...coklat memerlukan kepanasan yang serderhana untuk memastikan ianya sentiasa cair...uolls semua boleh cuba.....gunakan seduk plastik untuk mengacau coklat sehingga semua cair
- Biskut jejari dicelup secara keseluruhan ke dalam coklat ..guna garfu untuk angkat dari coklat dengan menyetuk didalam bekas coklat supaya coklat kita sekata...
- Letak dalam mangkuk berisi nestum dan golek-golekannya.... jadilah jejari coklat snow
- Sangat mudah dalam penyediaannya...
- Boleh guna choc rice hitam atau yang berwarna.....biarkan sejuk seketika diatas rak besi... disimpan kedalam bekas kedap udara....
Tuesday, April 15, 2014
AYAM PANGGANG AJAIB
Ayam panggang ajaib sempena nama pemanggang ajaib yang menjadi kegemaran suri rumah..penggunaannya mudah dan hanya memerlukan masa yang sekejap untuk memasak.Ada dalam pelbagai bentuk dan keluaran....Syakit Menang mla-mula mengeluarkan barangan ini dgn menamakannya sebagai pemanggang ajaib...Ada yg bertanya apa yg ajaib..masak ikan jadi ayam ker...hihihihi..kalau boleh jadi camtu nak makan pun takut sebab mungkin ada kadam lain ler pulak...
Tq Kak Naz sebab sudi berkongsi resepi nie...ramai dah mencuba resepi yang simple tapi menghasilkan boom ...boom bila memakannya...nyumm...nyumm
Bahan-bahan
1/2 Ayam
5 Sudu Sos tiram/Sos lada hitam
2 Inci Halia
2 Biji Kentang
1 Batang Lobak Merah
3 Biji Buah Pelaga
1 Inci Kulit Kayu Manis
1 Bunga Lawang
3 Biji Bunga Cengkih
Serbuk Kunyit
Garam
*Bahan-bahan bergantung kpd individu ....
Penyediaanya
Bawang besar,bawang putih dan halia dihiris..Lobak merah dan kentang dipotong serdahana besar.
Ayam yang telah dibersihkan diperap bersama semua bahan-bahan selama 2jam...
Panaskan pemanggang dan letak sedikit minyak ..dengan menggunakan api yang sederhana masak semua bahan-bahan ...campuran semua bahan-bahan akan menghasilkan aroma yang sungguh harum..ala-ala kenny rogers menyebabkan perut pun tiba-tiba terasa lapar...boleh dimakan dgn nasi putih atau nasi ayam digabungkan bersama-sama dgn sayur campur atau tempe goreng bersayur....
Resepi nie telah dikongsi bersama-sama ahli keluarga lain...Masakan nie menarik perhatian ahli keluarga sempena menyambut hari lahir kak yong mar dan pak teh..ayam panggang nie dimakan bersama-sama dengan nasi goreng kampong hasil tangan pak cik azmi...sungguh menyelerakan sehinggakan berkongsi resepi dengan mak andak untuk dicuba sendiri dirumah...

3 Ulas Bawang Putih2 Inci Halia

AYAM MONGOLLIA
Resepi Ayam Mongollia nie akak ambik dari dapur kawan-kawan di blog dan fb..Terima Kasih kawan-kawan.Walaupun ada beberapa bahan akak tak bubuh kerana tak ada tapi sedap serta sesuai dengan selera hubby.Tegok tajuk jer dah menarik menjadi isu hangat difb..Macam-macam ler comment yg ada...kelakar jugak membacanya..ada yg cakap kenapa tak ayam bangla..jauhnya mongolia..Antantuya pun ada..(tidak boleh dijelaskan dgn detail ..bahaya)..Bagi tidak menghampakan uolls semua ada gambar tentang resepi nie...daun kari yg akak guna ambik dari taman mini herba yg akak tanam sendiri...sangat gembira bila dapat memetiknya serta digunakan....berbakti pada tanah banyak kebaikan yg boleh dapat..
Bahan-bahannya
3 ketul ayam dipotong bersaiz kecil
4 ulas bawang putih dihiris
1 labu bawang besar dihiris
Lobak merah/putik jagung/bunga kobis
3 tangkai daun kari
2 biji cili padi
2 sudu minyak masak
3 sudu butter
Bahan untuk diperap
1 biji telor (ambil putih shj)
3 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh garam
Perasa
1 sudu kecil lada sulah
2 Sudu sos lada hitam/lada hitam kisar
1/2 cawan susu cair(tak bubur)
1 Sudu cili paste (tak bubuh)
Cara-caranya
Penyediaan Ayam
1.Perap ayam dgn bahan-bahan perap selama 30minit
2.Goreng ayam hingga kekuningan dan ketepikan
Penyediaan Sos
1.Panaskan butter bersama dengan sedikit minyak
2.Tumis bawang besar,bawang putih dan daun kari hingga naik bau aroma
3.Masukkan sayur-sayuran
4.Letak lada sulah,lada hitam ,sos lada hitam bersama dengan sedikit garam
5.Sedikit air dan susu cair (letak tpg jagung jika hendak pekat)
6.Biar seketika sehingga kuah menjadi pekat
7.Masukkan ayam dan gaul hingga rata.
Ktung ktang didapur terhasillah Mongolian Chicken...Sedap dimakan bersama-sama nasi putih panas-panas.Bau aroma daun kari menaikkan masakan ini bersama-sama campuran bahan-bahan yang sesuai dengan tekak melayu akak...Kesedapan memakan ayam nie sama rancaknya comment di fb tentang masakan nie.Resepi kita kali nie jauh sampai ke Mongolia...lepas nie kita ke negara arab,pakistan,cina,jepun,india dan lain-lain negara lagi...baru ler harmoni blog akak nie dgn pelbagai masakan dunia...
Sunday, April 13, 2014
PISANG KUKUS BERENDAM SANTAN
Cuaca dingin menjadikan perut selalu hendak diisi dengan makanan.Antara menu yang menjadi kegemaran diwaktu dingin ini adalah pisang kukus boleh dimakan dibila-bila waktu...Selalunya satu loyang boleh berulang-ulang makan untuk keluarga kecil.Bila disejukkan lagi sedap..dingin jer..Bila berkumpul semua ahli keluarga pelbagai menu akan menjadi pilihan,sebabnya masing-masing mempunyai menu sendiri.Disini nak cerita sikit cara-cara nak membuat pisang kukus bermandi santan.
Resepi yang mudah untuk menyediakannya,tidak memerlukan tenaga yang banyak,hanya memerlukan kerajinan dalam melakukannya.Tegok gambo pun dah menarikkan ..blom lg uolls membuatnya lagi..mesti sedap..gambar dibawah adalah pisang yang telah berendamkan santanBahan-bahan yg diperlukan
Seikat pisang emas
4 Sudu gula
1/2 sudu kecil garam
1 Sudu tepung jagung
4 Sudu Tepung gandum
Santan
*kuantiti bahan-bahan bergantung kepada individu (ada suka masin..ada suka manis..hihihii)
Cara Membuatnya
Pisang dibelah dua dan disusun kedalam loyang yang hendak dikukus.Gula ditabur ke atas pisang yang telah siap disusun.
Tepung gandum ,tepung jagung,santan serta sedikit garam dikisar.Bahan yang telah dikisar dituang kedalam loyang sehinggga pisang tenggelam.Kesemua adunan hendaklah seimbang baru rasa kelazatannya.Bolehlah dikukus selama lebih kurang 15minit.Boleh ditambah tepung jika masih dalam keadaan cair semasa proses mengukus.Bila dikukus kesemua adunan akan bercantum dan menyeras sedikit..tetapi masih terasa kelembutan untuk dimakan...
Boleh disejukkan serta dimakan dalam keadaan suam atau disejukkan dimakan dalam keadaan dingin.Kesedapannya tidak terkata menyebabkan tinggal separuh loyang jer lagi baru sempat mengambil gambar untuk jd tontonan uolls semua..
Friday, April 11, 2014
PULUT KUNING & RENDANG AYAM CINTA HATI
Dalam tahun 2014 nie..hubby akak selalu outstation..so bila hubby nak pergi tu,hati akak akan jadi suram ler sikit..dengan kekuatan yg ada terhasillah menu untuk cinta hati akak...Walaupun menu nie ramai yg tahu membuatnya akak nak kongsi jugak ngan uolls semua..resepi versi bonda Jaharah...
Pulut Kuning
Pulut Susu (brand Faiza)
Serbuk Kunyit
Daun pandan
Garam
Santan
Cara membuatnya
Pulut direndam bersama-sama sedikit serbuk kunyit selama tiga jam supaya lembut sedikit serta memudahkan proses mentanak pulut dilakukan ...Kukus pulut dgn melapikkan bahagian bawah kukus dengan daun pandan supaya ada aroma bau pandan. dan pulut tidak jatuh ke bawah disebabkan lubang-lubang dalam kukus.Pulut yg telah ditanak akan digaulkan bersama-sama santan .
(santan yg telah diletak dgn sedikit garam).
Rendang Ayam
1 Ekor ayam
4 Biji bawang besar
6 Ulas bawang putih
2 Inci halia
10Tangkai cili kering
6 Tangkai cili padi
3 Sudu kerisik kelapa
4 Helai daun kunyit
1 Biji kelapa
(Sebagai Santan atau guna santan kotak)
* semua bahan-bahan nie anggaran akak jer...selalunya akak bergantung kepada ayam...kalau besar akak akan tambah lagi bahan-bahan...kalau tidak suka pedas sedikitkan cili kering atau cili padi.
Bawang besar,bawang putih,halia dan serai dikisar dan dimayang halus(separuh kisar kasar dan separuh lagi dimayang halus) .Selalunya akak hanya kisar kasar sahaja...cili kering dan cili padi dikisar halus.Bila semua sudah siap..kita boleh ler menari didapur dengan sudip...Panaskan kuali dan masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama ayam dan santan .Masukkan sedikit serbuk kunyit bersama-sama garam dan gula.Selalunya akak akan masukkan garam sedikit dahulu kerana kerisik kelapa sudah masin.Masukkan kerisik mengikut kesusuaian...Biarkan masakan masak dengan sempurna dengan terhasilnya minyak serta kering sedikit.Rasa sedikit kalau ada yang kurang boleh lah ditambahkan garam atau gula diletak kalau terpedas sangat rasanya..kerisik ker.....Setelah berbau aroma dan masakan telah kering sedikit,daun kunyit yang telah dimayang halus-halus dimasukkkan kedalam masakan....Em sedapnya jadilah rendang ayam untuk cinta hati akak..Rasa puashati bila dapat masak sendiri dan dimakan oleh cinta hati...

Thursday, April 10, 2014
TAUHU PELANGI
Cuaca dingin jer sejak akhir-akhir nie..membatalkan aktiviti yg baru akak ceburi iaitu swimming...sungguh teruja bila dapat melakukan teknik-teknik berenang yang selama ini tidak pandai utk melakukannya..tapi bila diri sendiri berjaya melakukannya sungguh teruja sesangat...nanti akak akan ceritakan apa yg akak lakukan...hari nie akak nak bercerita mengenai tauhu pelangi ...Oleh tidak ke pool akak pun ke dapur mencuba resepi yg kawan2 post kat di fb..menggunakan tauhu...tdk pasti ler pulak kalau ada sesiapa yg tdk mkn tauhu tp bila dah diadun dgn pelbagai perisa pelangi nie akan teruja utk memakannyer...sangat mudah utk menyediakannya serta sedap dimakan...nyummy..nyummy..bahan penyediaannya juga mudah didapati dipasaraya ,pasar malam atau dikedai2 yg ada bahan2 basah...
Bahan-bahan
Bahan A4 tauhu segiempat
2 tiub tauhu jepun
2 biji telur
Udang /isi ayam /daging kisar (mana-mana yg suka..selera masing-masing)
semua bahan-bahan diatas dikisar menggunakan blender....
Bahan B
2tangkai cili merah
daun sup dan daun bawang
lobak merah
kentang
semua bahan-bahan diatas dihiris halus-halus..
Bahan A dan Bahan B digabungkan kedua-duanya bersama-sama dengan garam,perisa,lada sulah,lada hitam dan dikukus selama 20minit..(letak dlm bekas yg berbentuk empat segi..supaya mudah untuk memotong)
Setelah selesai proses mengukus...disejukkan atau dimasukkan ke dalam peti ais..Apabila nak goreng boleh dipotong mengikut kesukaan masing-masing..Celup dengan telur dan boleh digoremg...Makan bersama-sama sos cili..
Untuk keluarga yg kecil macam akak nie...resepi nie akak buat separuh jer sebab hasilnya banyak...nak bawak ke ofis segan ler pulak..maklum ler baru percubaan pertama membuatnya...Akak panggil dgn gelaran tauhu goreng pelangi kerana hasilnya berwarna-warni dengan pelbagai rencah ..sedap dimakan lapar..hihihihihi ..kalau makan dengan keluarga pasti berebut-rebut ..sampai tidak sedar habis satu pinggan...Akak baru membuatnya hari isnin...hari nie khamis ..rasa macam nak buat lagi sekali sebab dah terliur apabila melihat gambar diatas serta teringat-ingat kesedapan rasanya....u olls semua boleh mencuba....nyumm..nyumm...
Wednesday, April 9, 2014
AIS KRIM GORENG
Resepi Ais Krim goreng nie saya ambik dari fb resepi masakan..selalu sgt tegok rakan2 pamerkan kejayaan membuatnya...Resepi yang paling mudah untuk disediakan ..mengambil masa dalam 10minit sahaja...sesuai utk semua golongan..kadang2 kita memerlukan sesuatu kelainan dlm pemakanan kita baru rasa happy...
Gambar disebelah nie..menunjukkan cara-cara utk membuat Ais krim goreng...
Bahan-bahan yg diperlukan
Roti dua keping utk satu acuan
Ais Krim (perisa mengikut kesukaan individu)
Cawan plastik (digunakan sebagai acuan)
Garfu(sebagai klim tepi)
Cara-cara menyediakannya
Mula2 ambik roti..hihihi rasa nak tergelak lak...
Sebenarnya gambar disebelah dah jelas tentang cara-cara membuatnya...ok lah bg tidak menghampakan disini saya akan jelaskan lagi...
Aiskrim diletakkan ditengah-tengah roti....ambik sekeping lagi roti tekupkan diatasnya...ambik cawan bentukkan ditengah-tengah sehingga roti dan aiskrim didalamnya terbentuk bulat mengikut muncung cawan ...garfu digunakan untuk klim disekeliling bahagian roti supaya tidak terbuka..macam kita klim karipap...tp nie guna garfu tekan disekeliling..so akan terhasil bentuk yang sangat menarik...bila dah siap masukkan kedalam freezer selama lebih kurang 2jam supaya keseluruhan roti beku utk mengelakkan diserap minyak apabila mengoreng nanti..setelah beku secukupnya boleh ler melakukan proses mengoreng....panaskan minyak...ais krim n roti dimasukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan dgn diterbalik2 kan selama 3saat...taaaraaa..siap..jadilah Ais krim goreng...panas diluar ..sejuk didalam...sungguh mengelerakan...kalau beli dekat kedai mahal...tapi bila buat senang jer dgn hasil yg menarik...
Hasil sebelum digoreng dengan selepas digoreng....Bila dah selesai proses semuanya...Akan ader lebihan roti ditepi2...apa yang perlu dilakukan dengannya adalah membuat puding roti...agar-agar roti..tapi yang paling mudah..celup dengan telur bersama-sama garam ...goreng dan dicicah dgn sos..emmm sedapnyer...

Memasak Terapi Diri
Saya adalah seorang isteri yang suka mencuba pelbagai resepi masakan...utk itu terhasillah blog masakan utk saya berkongsi resepi masakan yg saya masak setiap hari..dari pelbagai jenis masakan..suami dan keluarga saya suka masakan yang saya hidangkan...hihihihi(naik lif jap)..saya paling suka bila masakan yg saya masak habis dimakan...hilang rasa letih dan peluh bila memasak...Banyak masakan kampong yg saya masak ambik dari resepi bonda tercinta Pn Jaharah..Bonda saya memang power bila memasak..ramai yg puji..sampaikan ada yg menempah masakan ...tiba2 teringat pulut kuning dan rendang ayam ...memang sedap ...kadang2 lupa yg saya tengah berdiet...kalau yg western dari majalah atau kawan2 di blog atau fb.....banyak membantu saya untuk ketung ketang didapur...Ini baru permulaan untuk berjinak2 dgn blog masakan yg dapat membantu rakan2 semua berpeluh2 didapur...tapi hasilnya terseyum lebar dgn perut yg penuh...gendang gedut tali kecapi ...kenyang perut suka hati...hahahahahahaha...akak suka...lepas kenyang boleh tido ...zzzzzz..yg nie x boleh ikt sebab membahayakan kesihatan....Masak adalah terapi diri bagi diri saya yg sentiasa sibuk dgn tugasan harian...mejadi pekerja,menjadi pelajar,menjadi isteri ...Apa yg dimaksudkan dengan terapi ialah..bila saya memasak macam satu seni jer...hahhahaha...habis berseni boleh dipersembahkan hingga menjadi santapan untuk seisi keluarga..
Subscribe to:
Posts (Atom)